Thursday, April 21, 2011

depa tinggalkan aku.nak ikoootttt!

Aku tengah fikir, kenapa aku dah jarang tulis kat sini. mungkin aku post entri ketika berduka sahaja? agaknya menulis menjadi medium aku untuk meluahkan perasaan? ataupun aku translate apa yang aku dah baca menjadi sinopsis? atau mungkin aku kurang membaca sekarang ni maka aku takde idea untuk menulis? mungkin juga aku pandai untuk menuras konflik dalaman ataupun pengalaman tanpa perlu aku rekodkan di sini?

Then again, aku terlalu padat dengan acara yang biasa-biasa atau luar biasa sehingga tiada masa untuk menjengah. (Twitter dan facebook je dah buat aku tambah kerja). Aku bukanlah jenis orang yang perlu mengadap dunia maya selalu. Check in untuk tidak ketinggalan, tak lebih dari itu. Juga aku taknak kau letak harapan tinggi pada blog ni (wahh follower aku cecah 2013 orang!) sebab suatu hari semua ini akan berakhir juga. Terima kasih buat semua kawan yang sudi baca.OK. 

Jujur aku rasa bersyukur dah dekat dengan keluarga. Itu je.

Oh, tentang hal menulis tu...ya, aku sebenarnya takut ter-influence gaya penulisan orang lain kalau aku singgah baca 'selalu'. Jangan ambil hati, aku baca juga kalau terlintas. Kadang-kadang aku rasa aku ni 'originality-freak'. Aku jadi takut nak membaca melainkan ia adalah berbentuk buku yang aku percayai publisher-nya, atau keluaran dewan bahasa dan pustaka atau blog-blog formal yang sewajarnya. Jangan buat andaian dulu..macam ni, aku treat penulisan itu sebagai seni yang aku titik beratkan nilainya dari segi keaslian bahasa setiap individu. Seni tu bagi aku datang dari dalam, bukan boleh diolah sesuka hati. Akan jadi nampak tak ikhlas. Mesti kita boleh rasa kisah tu benar atau palsu dan tak sincere kan kalau tak menjiwa.. 

Semua jenis seni pun aku treat sama. Kalau cerita pasal tulis lagu pulak, aku tak dengar lagu yang bermacam-macam untuk mendapat ilham malah aku tutup pendengaran dari mendengar muzik apa pun. Macam mana datang idea atau inspirasi? Kehidupan yang aku jalani, alam sekeliling, itu inspirasi. Banyak datang dari jiwa yang sedih. Kadang kala kalau tengah dalam mencari tu aku harap ada orang akan buat aku marah atau sakit hati. Susah jugak, yang senang adalah buat orang marah. Haha. Eh, kadang tu menjadila jugak,orang marah, kita pun sakit hati..ada cerita, kira create a scene lah..tapi tak baiklah guna cara ni. I don't play cheat, especially with emosi manusia. Tak baik ok..

Benda idea ni tak boleh paksa, aku kena lalui baru boleh drop dalam bentuk perkataan atau lagu. Dengan diri sendiri pun aku tak paksa, sebab aku tau jiwa aku akan tolak balik.





So, mesti kau assume aku tengah marah ni kan? Hmm..hmm..hmm..








CUTT !!

yew kew

Kau takkan tahu apa yang aku rasakan sekarang ini, saat ini. Siapalah engkau untuk mentafsir setiap bait perkataan dan maksud aku. Siapalah engkau untuk berbicara tentang cerita tentang hujung pangkal yang tidak kau alami sendiri. 20 juta manusia yang kita kenal, manakan sama untuk kita sinonimkan simbolik sebuah kisah satu orang. Aku juga tak perlukan kau untuk tertanya-tanya, menduga-duga, apatah lagi untuk kau lampiaskan telahan maksud itu ke aku. Mungkin kita wajar kilas ke cermin dan bertanya sendiri. Dalam pada kita daif mengapung sinar, kurang 1 inci akal aku kau cemuhkan. Aku milik Tuhan pentadbir alam. Dia sahaja penilai yang maha mengetahui.


ok, otak aku sebu. Bosan sorang-sorang kat rumah :(




CUTT !!

Friday, April 8, 2011

lama tak check in

Aku memang tak tau nak cakap macam mana pasal hal ni. Suatu ketika dahulu aku cukup teruja. Mungkin kerana aku mengurungkan diri di rumah dan berbual sesama aku. 7 Mei ini akan ada acara di luar daerah. Tak sanggup aku batalkan untuk kali ke-3. Busuk nama, jadi umpatan. Mungkin sebab aku tak kasi kata putus maka aku harus berada di sana. Aku tiada feel untuk itu. Aku tak tahu mengapa. Hampir 1 bulan juga aku tak membalas kehendak teman-teman. Aku bukan berniat untuk menjadi selfish. Di rumah aku rasa tenang. Berdekatan dengan keluarga aku rasa aman. Aku tumpukan hidup pada yang telah lama aku abaikan. Sebelum ini aku sibuk di luar, semua aku abaikan. Ternyata aku masih berkesempatan. Tetapi bukan semua faham. Aku cuma perlu ruang. Daripada aku membuatkan mereka terus berharap, aku akan hidangkan juga kata-kata penamat. Nak atau taknak memang terpaksa. Aku rasa cukup-cukuplah tu. Aku nak atur balik kehidupan aku.

Bintang kat langit dah banyak. Aku pun tak rasa nak jadi salah satu lagi. Sanjungan dari manusia sudah kebas dari pendengaran dan halwa jiwa. Sahabat juga yang akan di sisi. Pandangan Tuhan pula bagaimana?

But, cerita pasal sekarang..ada masa tak sampai 1 bulan. Aku memang tak bersedia langsung. Mood tu mana aku nak cari laaa...



*Manusia memang tak pernah lari dari membuat kesilapan. Kita selalu diuji. Harap kita semua kuat dan tetapkan hati. InsyaAllah.




CUTT !!