Thursday, April 21, 2011

depa tinggalkan aku.nak ikoootttt!

Aku tengah fikir, kenapa aku dah jarang tulis kat sini. mungkin aku post entri ketika berduka sahaja? agaknya menulis menjadi medium aku untuk meluahkan perasaan? ataupun aku translate apa yang aku dah baca menjadi sinopsis? atau mungkin aku kurang membaca sekarang ni maka aku takde idea untuk menulis? mungkin juga aku pandai untuk menuras konflik dalaman ataupun pengalaman tanpa perlu aku rekodkan di sini?

Then again, aku terlalu padat dengan acara yang biasa-biasa atau luar biasa sehingga tiada masa untuk menjengah. (Twitter dan facebook je dah buat aku tambah kerja). Aku bukanlah jenis orang yang perlu mengadap dunia maya selalu. Check in untuk tidak ketinggalan, tak lebih dari itu. Juga aku taknak kau letak harapan tinggi pada blog ni (wahh follower aku cecah 2013 orang!) sebab suatu hari semua ini akan berakhir juga. Terima kasih buat semua kawan yang sudi baca.OK. 

Jujur aku rasa bersyukur dah dekat dengan keluarga. Itu je.

Oh, tentang hal menulis tu...ya, aku sebenarnya takut ter-influence gaya penulisan orang lain kalau aku singgah baca 'selalu'. Jangan ambil hati, aku baca juga kalau terlintas. Kadang-kadang aku rasa aku ni 'originality-freak'. Aku jadi takut nak membaca melainkan ia adalah berbentuk buku yang aku percayai publisher-nya, atau keluaran dewan bahasa dan pustaka atau blog-blog formal yang sewajarnya. Jangan buat andaian dulu..macam ni, aku treat penulisan itu sebagai seni yang aku titik beratkan nilainya dari segi keaslian bahasa setiap individu. Seni tu bagi aku datang dari dalam, bukan boleh diolah sesuka hati. Akan jadi nampak tak ikhlas. Mesti kita boleh rasa kisah tu benar atau palsu dan tak sincere kan kalau tak menjiwa.. 

Semua jenis seni pun aku treat sama. Kalau cerita pasal tulis lagu pulak, aku tak dengar lagu yang bermacam-macam untuk mendapat ilham malah aku tutup pendengaran dari mendengar muzik apa pun. Macam mana datang idea atau inspirasi? Kehidupan yang aku jalani, alam sekeliling, itu inspirasi. Banyak datang dari jiwa yang sedih. Kadang kala kalau tengah dalam mencari tu aku harap ada orang akan buat aku marah atau sakit hati. Susah jugak, yang senang adalah buat orang marah. Haha. Eh, kadang tu menjadila jugak,orang marah, kita pun sakit hati..ada cerita, kira create a scene lah..tapi tak baiklah guna cara ni. I don't play cheat, especially with emosi manusia. Tak baik ok..

Benda idea ni tak boleh paksa, aku kena lalui baru boleh drop dalam bentuk perkataan atau lagu. Dengan diri sendiri pun aku tak paksa, sebab aku tau jiwa aku akan tolak balik.





So, mesti kau assume aku tengah marah ni kan? Hmm..hmm..hmm..








CUTT !!

5 comments:

kailan said...

OMG!!! OMI TENGAH MARAH!!!!

pelakon popular said...

haa kailan folo blog saye kan..kan..kan?

kailan said...

haha, a'ah folo. tapi privately lah. itu yang tak naik dekat follower. :P

Anonymous said...

ermmm kamu betul. Menulis harus jujur.

pelakon popular said...

:) hai nina gipsy.