Saturday, January 29, 2011

jangan ditanya

Kadang kala kita akan berasa bosan dengan kehidupan yang kita jalani hari-hari, rutin yang membuatkan kita sedaya upaya mencari masa terluang untuk membuat aktiviti-aktiviti lain, berfaedah atau tidak, untuk diri sendiri atau orang lain.

Aku berharap agar bersedia untuk adapt dengan mana-mana suasana selepas ini, aku harap benar aku bersedia. Bukan mudah untuk kita berubah ke suasana baru yang mana sebelum ini kita terlalu selesa dengan keadaan. Terlalu selesa itu juga yang membuatkan aku berfikir apa yang aku sebenarnya mahukan.

Pasti aku akan merindui saat-saat ini, suasana yang suatu masa aku pernah lalui sehingga menjadikan aku mensyukuri setiap detik hidupku, kawan-kawan, sahabat, alam seperjiranan, pokok-pokok itu, jalan-jalan yang pernah aku lewati, pasar-pasarnya, bunyi hujan, pelangi petang, layang-layang senja, derai tawa mereka, jalan-jalan raya yang tidak pernah siap dari dahulu hingga sekarang, tipu daya, erti persahabatan...tempat ini banyak mengajar aku erti hidup. Tidak mungkin akan aku lupakan sepanjang tempoh aku di sini yang aku kira banyak masa dihabiskan berseorangan demi meneruskan kehidupan.

Mungkin aku tidak suka berseorangan, mungkin aku tak gemar bersendirian tetapi kelompok yang ramai pun juga menyesakkan. Cukup jika aku selesa. Aku kira cabaran yang aku akan tempuh selepas ini pastinya lebih mencabar dan seronok. Aku berjanji akan menoleh sesekali ke belakang untuk mengingatkan aku betapa masa depan itu adalah keputusan yang payah dan pasti.



Hidup akan lebih indah jika dinikmati. Cherish the moment :)








(...bunyi macam nak kawen je.pfft.)







CUTT !!