Monday, May 28, 2012

diamlah kau

Kekadang kan, aku ni ada banyak persoalan yang timbul. Bukan aku mintak tau, dia timbul sendiri. Pop. Persoalan yang aku rasa macam tak payah persoalkan pun kadang-kadang. Aku punya jenis orang ni memang tak reti sangat nak terangkan macam mana, apa yang ada dalam kepala ni, so ni aku taiplah ikut sedap je ok. Layanlah selagi engkorang boleh layan. Aku pun kadang-kadang kalau tak terlayan, aku bilas dengan tidur sahaja. Entah persoalan apa pulak yang muncul bangun tidur nanti.

Persoalan tu kadang-kadang berbentuk tanda soal, berkaitan hukum alam, kenapa, apa, bagaimana dan selanjutnya. Tindakan aku, kalau boleh google aku google lah, kalau boleh pakai mesen kira, aku daillah tapi kalau memerlukan 2 hala, aku mati kat situ. Belum ada lagi yang boleh aku ajak berbual. Mungkin juga topik perbualan aku tu tak intelektual jadi diorang malas ambik serius. Bila aku discuss persoalan kadang kala pucuk cerita pun tak faham. Ada tindak balas tak memerlukan kau cakap apa-apa, cuma nak suruh kau angguk aje.

Mana regu aku? Bukan mengiya, tak semestinya menidak, portable wikipedia juga bukan tetapi…ahh ada bendala aku nak bebual ni tapi bila aku cerita lain engkorang suka cerita lain. Paham tak aku ni nak bebual apa hah?!



Cakap-cakap kosong pun boleh mendatangkan marah kadang-kadang tu. Amende entah.




CUTT !!

Monday, May 21, 2012

tak payah baca ni.bukan bahan ilmiah pon


Meletakkan kebergantungan nilai diri berdasarkan jumlah pendamping. Peer pressure isn’t it?


Kes.1
Mereka yang rendah tahap yakin diri selalu guna cara ini. Demi membuktikan diri berpengaruh, ada puak sendiri, rasa menjadi sarkastik secara berkelompok itu mungkin mampu menaikkan tahap konfiden. Cuba letak sorang. Terkulat-kulat. This kind of human being is not human. Kau jumpa orang-orang macam ni kau kena pandang sebelah mata je. No, bukan kejam but mereka yang mahu diperlakukan sebegitu.


Kes.2
Banyak kali juga lalu depan mata, sorang member cakap tak peduli sorang lagi kata kalau tak peduli itu sebenarnya memang peduli. Ini memang gua faktab sekali. Gua memang tak pedulik benda remeh macam ni tapi maksud peduli tu sebab benda ni semak. Kalau dia kata tak peduli, maksudnya dia memang tak pedulila bodoh! Benda bodoh pun nak argue.


Kes.3
Baik-baik gua nak perati terus jadi jengkel pulak. Muka lawa, status dalam komuniti boleh tahan juga, aihh cakap nak menang saja. Ego tinggi, bongkak, si psiko yang gila nama. Fakofla gua muntah terus.


Sebenarnya kau tak perlu nak please setiap orang, tak perlu nak jadi hero/rokstar especially depan mata aku, jangan harap kau dapat down kan aku dengan gaya begitu. Sometimes aku akan sedih juga dengan perangai buruk mereka ni, most of the times aku rasa kesian. Manusia sepatutnya saling menyokong, kita sama je semua. Kalau rasa kurang kasih sayang belajarlah memberi pula. Tak beri mana nak dapat, kan?


Banyak lagi yang gua perlu belajar. Belajar orang yang begini kadang kala mematangkan jugak. Manusia memang kompleks. Berhentilah jadi penyakit dalam masyarakat. Kasi senang sikit kerja aku boleh? FO.


"Insecure societies, are the most intolerant of those who are non-joiners" - kata seseorang








CUTT !!


Sunday, May 13, 2012

Mat Luthfi


Ish, risau aku nengok si budak muda bijak pandai, kacak, kiut lagi naïf seperti mat luthfi (bukan nama sebenar) ni. Fyi aku bukanlah rajin nak cekidaut you tube ke mende ke kecuali ada benda yang aku betul-betul perlu tengok e.g : band kegemaran. Mende mat luthfi ni secara tetiba terlintas depan mata aku. Aku click je la.

Aku kasi contoh Alex Turner. Alexa Chung. Dapat?

Ade jugak modal nak rant heartbreaker nanti yedak. Susah juga ada ex-bf/gf yang dalam line ‘ekspresi jiwa’ ni. Bakal jadi tajuk lagu, bakal jadi modal cerita. Aku suka Mat Luthfi yang sekarang ni. Suka Alex Turner yang dulu. Suka Tyson Ritter yang sebelum dia jadi model, sebelum dia ada ex-ex gf juga model, dia yang keding, dia yang kurus dan kelihatan tak terurus, dia yang bijak dan witty itu. Originally him and makes him, him, why I adore them at the first place.

Pedulik apa dorang gua adore dorang ke tak kan?

Manusia berubah, macam pasir kat pantai. Cuma batu je yang setia macam batu, duduk di gigi air. Yang berubah mungkin cuma bentuknya, sedikit terhakis sedangkan sifatnya tetap begitu. Keras, tak goyah, menunggu.



Fuck. Aku tak boleh merapik kat sini sebenarnya. Bye.







CUTT !!

Thursday, May 10, 2012

Aku tak dapat idea kenapa mereka ni bersungguh mekap dan tempah baju setting rambut bagai over somebody else’s weddings?



Benda ni aku taknak ulas pon, pendek je sebenarnya. Macam glimpse of pertanyaan yang tetiba terpacul kat kepala otak. Tapi kalau aku update kat any social networks confirm dapat maklum balas yang pelbagai yang kebanyakannya aku sendiri tak dapat nak terima. So aku rasa jalan yang terbaik adalah tanya diri sendiri kat sini, atau tanya kat sesiapa (beberapa kerat) yang baca ni. Aku bukan nak jawapan kepada kenapa, aku cuma takde kesedaran minda dalam hal-hal sebegini, or aku tak dapat tangkap mereka ni ada kesedaran minda yang jenis bagaimana sebenarnya?

Perlu diingatkan wahai wanita-wanita sejati di luar sana, tindakan anda itu betul. Apa yang korang buat tu betul, normal wanita perempuan, normal kehendak wanita. Kau tahu tak wanita, aku sedang berusaha keras juga sebenarnya untuk ada naluri begitu. Kadang-kadang aku rasa plastik sendiri.

Perempuan tak boleh ‘asal boleh’, tak boleh simple sangat, atau..ah kau rasa senang ke jadi aku ni? Aku tak ada nafsu dalam berbelanja melebihi keperluan macam korang. Aku tak reti nak bernafsu shopping bukan-bukan macam korang. Bila pikir balik rupa-rupanya mungkin juga pasal aku ni bukan dari latar belakang orang senang. Duit aku petik jari tak pernah datang tetiba makanya aku ini jadilah ‘asal boleh’ je. Cukup makan, pakai, t-shirt kegemaran, kasut kegemaran dan jam tangan impian, aku dah puas hati. Kejap eh, aku tengah kaji diri sendiri lagi ni..

Eh, ok lah. Itu jelah. Reveal banyak-banyak nanti makin bukan-bukan pula.

Kos pergi ke jemputan kenduri kahwin head-to-toe :

Setting rambut – RM 15
Baju kurung moden tempah – RM 35
Hadiah / salam kaut – < RM 30
Total - RM 80

:D



:( Mampos ah gini gua kalau ade kenduri kawen setiap minggu.



p/s – eloknya kalao pergi kenduri kahwin tu pakailah pakaian tradisional, jangan pulak pakai baju kau pegi jasko atau ngeteh kat restoran Ali kari kepala kambing. Juga elakkan pakai baju warna putih, putih sinonim untuk pengantin je. Kasi can la kat dorang..eh kau ni aku lempang kang tak jadi apa jugak.









CUTT !!

Thursday, May 3, 2012

dubidubidu



Tolong. Jangan anggap aku apa-apa yang mungkin menggembirakan hati kau atau telinga aku buat masa ini.

Aku tak harap menjadi kawan baik kau,
Aku takut kau melabel aku sebagai one of your bffs,
Aku risau bila kau depends pada aku yang kau harap akan senantiasa ada disaat kau memerlukan..

Kerana…

Aku bimbang aku tak mampu memenuhi permintaan kau,
Aku bimbang bila aku tak bersedia untuk memberi kau semangat ketika kau dalam waktu gembira / berduka…
Tapi yang paling aku bimbangkan adalah bila kau membelakangi aku iaitu dalam masa yang sama kau bermuka-muka.



Lebih baik kita biasa-biasa sahaja daripada aku meletakkan harapan, yang kau juga tak mampu untuk penuhi.







I bet that you look good on the dance floor..nananana..








CUTT !!