Tuesday, January 31, 2012

terpasak di retina

 
Mak Ani kulihat menadah tangan, sama tinggi dengan kepalanya. Aku hanya memerhati dari tempat perbaringanku. Ku kerling jam di dinding bertentangan.

 “Ah, sudah masuk waktu Isyak” hatiku berbicara sendiri.

Entah apa yang dikumat-kamitkan oleh Mak Ani yang sesekali terdengar

“Hanya engkaulah…Yang Maha Pemurah…”

Dalam kekusutan fikiran, dalam perhitungan, dalam teka teki, mahu juga aku menadah tangan bersungguh-sungguh begitu dan meminta dengan Tuhanku agar dileraikan semua pertanyaan. Ada juga sesekali di waktu malam sepi aku meratap sendiri, meminta dan mengadu. Sebenarnya, dalam hilai tawa..aku sayu sendiri. Belum juga bertemu jawapan. Mengapakah wajah itu yang selalu kurindui?

“Demi rahsiamu, aku berusaha dan bersabar. Aku hina lagi lemah. Temukan dia dalam pencarianku ke jalanMu”.






- Hmm..aku rasa macam plot drama-drama tivitige. Ok, serius sangat ke ni? Bye.









CUTT !!

Wednesday, January 18, 2012

brain injury


Hmm..mungkin agak susah nak terangkan sesuatu kepada seseorang itu jika dia dalam penafian atau dalam bahasa omputehnya ‘in denial’. Tapi aku memang nak kena share sesuatu  dengan dia dan sesiapa sahaja yang membaca ni. Sebelum aku mulakan sesi bual bicara dengan beliau, aku share sikit kat sini.

Firstly aku nak kasitau yang final projek yang aku pilih time study dulu adalah Cerebral Palsy. Lecturer aku suruh aku fikir banyak kali kalau nak buat projek ni sebab kata dia harapan untuk cemerlang adalah 50-50. Yelah, benda yang kita tak tahu, tak pernah hadapi dan yang paling berisiko sekali adalah sebab takde siapa experienced dalam tajuk ni jarang orang ambil kisah. Aku pun fikir banyak kali jugak, tetapi kes cerebral palsy sebenarnya common, buat yang aku dah tahu dan play safe maka ada harapan cemerlang atau cuba sesuatu yang tak pernah tahu untuk pengetahuan dan pengalaman dan bersedia terjun gaung. Bukan perkara main-main ni. Aku letak kaki kanan, kaki kiri aku dah ready untuk pujuk pasangannya. Aku gamble dan aku berserah je time tu. Maka bermulalah ekspedisi kembara aku mendekati dan megkaji segala tentang ‘cerebral palsy’ hingga ke akar umbi. InsyaAllah. Aku syak lecturer-lecturer aku pun study sama time tu. Kahkah padan muka.

Ok, apetu Cerebral Palsy? Sama dengan Down Syndrome? Tak sama? Bukan itu aku nak share, itu kau boleh google je dan wiki sementara masih berkesempatan menggunakan perkhidmatan tu.

Hmmm…Camnilah.


“No two children with cerebral palsy are alike” – Barron’s Keys To Parenting A Child WithCerebral Palsy


Jika ada antara ahli keluarga atau sahabat handai dan rakan terdekat yang mana ada anak-anak mereka diyakini Cerebral Palsy, tugas utama anda adalah (baca : slow talk) makes them terima realiti dan ketentuan Illahi, cadangkan atau kalau rajin listkan pusat-pusat terapi yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Cerebral Palsy bukan hukuman dari Tuhan atau suatu perilaku aneh dalam masyarakat maka jangan takut dan malu untuk menghadapinya. Ia adalah ujian dan kita patut bersyukur kerana ia akan membuatkan kita lebih menghargai hidup ini.


Gua memang failed bab-bab nak terangkan fakta. Mengarut gua pandaila. Mihmih.. Sori. Eh, lain kalilah!







CUTT !!

Tuesday, January 17, 2012

miscommunication



Aku buka mata, kosong
Berada di suatu dimensi apung?
Ruang yang tiada pangkal tiada hujung
Menjerit lepas tiada pantulan
Berlari sendiri tanpa tujuan
Lelah
Letih
Pedih
Jumpakan aku walau satu titik
Di sini aku seorang.










*this kind of communication tools is not working, honey. 










CUTT !!



Thursday, January 5, 2012

van gogh


Ada..waktu tu, lebih kurang 15 atau 16 tahun lepas. Aku memang ada satu perangai suka tengok painting, especially gambar pemandangan. Bila aku tengok gambar tu aku akan bayangkan yang aku ada sekali dalam painting tu. Suka tengok painting hasil cat minyak..aku akan sentuh texture painting tu dan tiba-tiba aku dah ada dalam situasi gambar tu.

Setiap cuti akhir tahun aku suka menghabiskan masa kat rumah makcik aku. Dia selalu shopping barang dapur kat super market dan seingat aku dia takkan pernah lupa untuk beli roti gardenia dan singgah kedai buku. Hari-hari biasa dia bekerja dan aku akan habiskan masa kat rumah dengan membaca dan masak mi segera perisa ayam, perencah separuh :( …ok separuh…dan potongan cili padi. Memang boring nak tunggu weekends dia cuti.

Kat rumah dia banyak painting cat minyak. Bila aku dah boring tak tau nak buat apa time tu la aku tengok painting tu. Ada kincir air..sungai yang mengalir..Ada satu painting tu ada bunga-bunga warna-warni, ada  sebuah rumah kecil. Aku dah berada kat dalam tu..dengan gaun paras lutut berwarna biru laut aku berlari mengejar kupu-kupu yang terbang, mendengar deras air sungai, menikmati keharuman bunga-bungaan yang segar..oh ya, bukan keseorangan tetapi ada pakwe sekali dan yang aku ingat waktu tu aku suka kat sorang budak cina yang bekerja kat pasar ikan dekat dengan rumah aku. Aku selalu angaukan dia sampai masuk illusi dalam painting sekali. Waktu tu...memang banyak berangan. Hehehe.

Kat rumah aku dulu ada satu lukisan cat minyak yang dibuat hiasan dalam bilik mengajar mak uda aku. Gambar perempuan tua menggendong bakul. Lukisan-lukisan manusia macam tu aku tak boleh tenung lama-lama..boleh bawak mengigau.

Bila aku tengok lukisan pemandangan macam kat rumah makcik aku tu aku rasa aman je. Tak taula aman pasal dapat jumpa pakwe dalam illusi ataupun aman tengok lukisan yang damai tu. Yang penting aku suka masukkan diri sekali dalam situasi gambar yang aku tengok, siri kartun yang aku tonton dan rumah-rumah sepanjang perjalanan yang aku lalui.  Nak balik ke realiti tu yang susah, sebab mimpi dan angan selalunya lebih indah.







*aku nak duduk kat hutan sebenarnya. Takde pilihan, tak sempat nak berangan.












CUTT !!

Sunday, January 1, 2012

Sempena tahun baru ni aku cuba untuk ada azam baru. Biarlah tak realistik pon, aku rasa aku kena ada 'driving force' untuk menjadikan aku lebih bersemangat untuk melaksanakannya. Ok katalah tahun baru sebagai alasan, pun boleh. Berikut adalah senarai azam tahun baru aku untuk 2012 ni.

1- belajar senyum banyak-banyak
2- kasi tunjuk je middle finger kat sesiapa yang patut dapat






Itu je kot?
Ta-ta! ^^.v






CUTT !!