Friday, March 11, 2011

bukan Maria Ozawa atau Maria Farida

Aihh..tak habis aku cakap dah matikan line..

"tutt-tutt" tanda mesej ringkas masuk.


"Habis kreditla. Aku mcam xcaya dgn umur aku yg mcm ni masalah sama je yg dtg kat aku". Aku terdiam.


Kalau kisah cinta tu memangla takkan habis complicated nya selagi kita hidup ni. 3,4,5 kali putus cinta pun belum tentu seseorang itu akan rasa serik. Manusia..memang ada rasa ingin dikasihi dan dicintai tetapi apabila kesetiaan dan kejujuran itu dijadikan bahan mainan, memang sukar untuk dimaafkan. Aku namakan kawan aku itu sebagai Maria. Bukan sekali dua putus cinta, bukan sekali dua aku dengar perkataan 'serik' dari bibir dia, tapi memanglah cinta tu kalau datang susah untuk ditolak. Lagi-lagilah kalau jiwa memang tengah sepi. Perempuan, biasanya memang akan mudah dirayu hatinya saat baru sahaja ditinggalkan kekasih. Ini memang real. Yelah, dah biasa disayang-sayang tiba-tiba ditinggalkan seorang mestilah jiwa akan kosong dan bosan.

Itu kalau perayu adalah lelaki. Bagaimana jika perayunya adalah seorang wanita? Janggal bunyinya bukan? Asing?

Mana ada yang mustahil sekarang ni. Nak hidupkan kipas pun boleh main tepuk tangan je. Ini bukan cerita Harry Potter tau. Haha. Dunia dah terbalik siapa yang tak tahu tapi bila sejarah diulang semula, itu kita panggil kebodohan. Aku bukan nak bercerita pasal moral di sini sebab itu hak masing-masing bila kita dah cuba bagi peringatan. Dia kawan aku, aku tetap ada di belakangnya selagi ianya tidak melibatkan diri aku sendiri sendiri. Kisahnya dia ditinggalkan kekasih perempuannya demi kekasih perempuannya yang lagi satu. Faham tak ni? Orang melayu ni kadang-kadang bahasa melayu pun tak faham. She dumped her for another girl. Padahal si Maria ni dah tahu tentang kedudukan masing-masing pada awalnya, dia sudah berpunya. Basic relationship lah, orang punya jangan kacau kan? Kalau dia yang kacau kau maksudnya ada something wrong dengan the relationship atau the person itself. Kita pun tak tahu kan?

Bukan aku tak kenal bf-bf terdahulu Maria. Setiap dari mereka ada kisah yang macam-macam dalam memori ingatan aku. Yang pastinya memori kejadian tragik antara mereka itu yang paling aku runsingkan. Lepas putus, mesti bergaduh. Bukan gaduh mulut ye tuan-puan, bergaduh sampai boleh bawak cerita ke balai polis punya hal. Fikir sendiri. Aku macam pelik, masa saat percintaan jentik pun rasa sayang tapi macam mana ada rasa sampai nak naikkan tangan dengan orang yang pernah kita sayang? Bila ingat balik muka masing-masing aku macam tak percaya mereka sanggup dan tergamak meluahkan kata-kata kesat kepada seseorang yang pernah mereka panggil 'sayang'.

Sekarang Maria sedang buntu, bingung dan dalam kecelaruan. Katanya minah tu nak repeat. Macam cerita budak sekolah pun ada juga bila difikirkan. Apa yang aku boleh buat? Aku jauh di sini. Kalau dekat boleh jugak aku pasang kuda-kuda. Haha. Ehem. Ini bukan kisah jenaka ya..Aku cuma boleh suruh dia bersabar dan jangan buat benda yang boleh tambah masalah. Bukan aku tak kenal dia, jenis nekad.


"Smalah kita loser. Kta pecaya apa yang kita pecaya, kpercayaan kita x sesuai kat Msia. Kta kna kluar" pesanan ringkas yang berikutnya.

Yang pastinya kami ada mutual kepercayaan tapi tak semestinya sama. Malaysia ke, kat Jepun ke, New Zealand ke aku rasa cara kita tangani itu yang mengawal keadaan. Aku nak cakap macam mana lagi dengan dia pun aku tak tau sebab aku pun kucar kacir juga. Orang kata aku ni optimis membabi buta. Aku tak kisah lah apa orang nak kata tentang aku kerana aku rasa aku banyak diselamatkan oleh sikap optimis dan keceriaan aku. Aku sayangkan dia sebagai kawan, kami membesar bersama dan menongkah arus juga bersama. Kalau boleh suatu hari nanti pun nak mati bersama. Pernah dia cakap pada aku.."Kalau kau kahwin, aku tak mengaku kawan". Aku cuma boleh gelak je la. Lebih baik daripada Nabi tak mengaku umat kan? Haha. "Don't worila, kita madu lah. Boleh duduk 1 rumah, buat kek dan shopping sama-sama. Hahahaha." aku balas. "Gilalah kau".hehe. Silly bila difikirkan balik. Kalaulah masa boleh diundur..



"Aku plak xpecaya dgn umur aku yg mcm ni,aku mcm blik ke 10 thn lps, xde keja, lost, xde duit.." aku balas ke Maria.


Mesti dia fikirkan aku kat sini hari-hari bergembira. Takkan nak aku selalu bercerita kan? Bagi dia fikir sekejap. 


Sekurang-kurangnya bila balik kampung dia tahu mana nak tuju. Kau harus bersyukur. 



Aku?


Aku tetap bersyukur.








CUTT !!