Monday, January 31, 2011

atas jalan



void
Kadang-kadang kita ada cerita nak share, harap dapat terjemahkan dalam bentuk kata-kata atau tulisan dengan jelas. Kadang-kadang kita ada cerita nak share, harap dapat terjemahkan dalam bentuk kata-kata atau tulisan dengan tak jelas. Jelasnya kita selalu ada cerita, ada cerita yang nak diceritakan atau disampaikan. Jenis maksud selalu bergantung kepada penerima, bagaimana cara nak menerima.

Ada juga jenis cerita yang tak dapat disampaikan melalui kata-kata atau tulisan. Cerita hanya difahami oleh tukang hayat, atau tukang pandang; yang pentingnya sang pencerita itu memang ada kisah yang nak diceritakan. Pandang dengan kanta mata, atau kanta hati ?

alone

andylau
cat
way-o
hands

aston villa



bulan ni boleh tahan kopakla.uh.





CUTT !!

Saturday, January 29, 2011

jangan ditanya

Kadang kala kita akan berasa bosan dengan kehidupan yang kita jalani hari-hari, rutin yang membuatkan kita sedaya upaya mencari masa terluang untuk membuat aktiviti-aktiviti lain, berfaedah atau tidak, untuk diri sendiri atau orang lain.

Aku berharap agar bersedia untuk adapt dengan mana-mana suasana selepas ini, aku harap benar aku bersedia. Bukan mudah untuk kita berubah ke suasana baru yang mana sebelum ini kita terlalu selesa dengan keadaan. Terlalu selesa itu juga yang membuatkan aku berfikir apa yang aku sebenarnya mahukan.

Pasti aku akan merindui saat-saat ini, suasana yang suatu masa aku pernah lalui sehingga menjadikan aku mensyukuri setiap detik hidupku, kawan-kawan, sahabat, alam seperjiranan, pokok-pokok itu, jalan-jalan yang pernah aku lewati, pasar-pasarnya, bunyi hujan, pelangi petang, layang-layang senja, derai tawa mereka, jalan-jalan raya yang tidak pernah siap dari dahulu hingga sekarang, tipu daya, erti persahabatan...tempat ini banyak mengajar aku erti hidup. Tidak mungkin akan aku lupakan sepanjang tempoh aku di sini yang aku kira banyak masa dihabiskan berseorangan demi meneruskan kehidupan.

Mungkin aku tidak suka berseorangan, mungkin aku tak gemar bersendirian tetapi kelompok yang ramai pun juga menyesakkan. Cukup jika aku selesa. Aku kira cabaran yang aku akan tempuh selepas ini pastinya lebih mencabar dan seronok. Aku berjanji akan menoleh sesekali ke belakang untuk mengingatkan aku betapa masa depan itu adalah keputusan yang payah dan pasti.



Hidup akan lebih indah jika dinikmati. Cherish the moment :)








(...bunyi macam nak kawen je.pfft.)







CUTT !!

Thursday, January 27, 2011


Apa yang kau pandang pada petak ini?

Aku lihat sepi

Sepi yang tak berpengunjung

Sepi yang tak terlindung

Sepi yang tak berpenghujung

Titis-titis hujan penambah cerita

Titis-titis hujan penambah duka lara

Titis-titis hujan penyair jiwa luka

Biar dirawat terlewat

Biar dilewat terubat

Hujan tetap berhenti bernyanyi

Bila tiba saatnya aku pasti.



*hujan itu rahmat.



CUTT !!

Wednesday, January 26, 2011

hati tisu

Kalau nama kawan tu aku dah tak berapa nak pastila maksud dia apa. Tapi aku memang tak ramai 'kawan' perempuan. Sejak zaman sekolah dulu 1 orang je yang aku kira kawan mungkin sebab dia je yang faham naik turun angin aku, lawak-lawak bodoh aku, kebangangan aku, sisi baik dan sisi sipi baik aku. Walaupun aku bukan jenis yang suka bercerita hal peribadi, dari dulu dia tak pernah nak bertanya. Tak taulah kalau memang dia buat-buat tak nak tanya atau buat-buat tak tau, yang penting kami respect sesama sendiri dan buat benda-benda yang hepi bersama. Dengan dia, semua jadi. Kalau aku kata “jom pegi thailand” “jom” terus jadilah. Friendship kitorang senang, kau on, aku on, jom berjimba. Nak? Tak nak? Nak jumpa? Buzy dan tak sempat? Semalam tak balas sms? Ok..takde masalah, takde bawak pergi rumah jiran, takde bawak sampai hujung minggu depan. Aku rasa tu pasallah kitorang boleh ngam sampai sekarang.


Mungkin sebab hangin aku ni yang orang tak boleh terima. Maaflah, membesar di jalanan jadi kadang-kadang tak tune dengan kawan perempuan yang lain. Ini yang aku cuba perbaiki juga kerana aku pun nak juga ada kawan perempuan. Kawan perempuan ni cepat terasa. Bukan boleh berbual kasar sangat, mau kena block wall facepook. Hahaha. Sungguh aku tak faham kadang-kadang dan atas sebab dasar aku suka ambil mudah dan tak suka pening-peningkan kepala sendiri jugalah aku rasa depa tak nak kawan dengan aku. Nak ajak melancong, aku suka camp-fire, mereka nak tido chalet dan begitulah seterusnya. Aku memang nak kena belajar banyak tentang ni. Alah, cakap banyak-banyak aku ni pun hati tisu juga kadang-kadang.


Oh ya, aku ada 1 orang lagi kawan yang cool. Waktu susah dan senang dia ada, life dia dan life aku berbeza. Tapi still pegang pada respect tu. Kalau balik kampung kitorang mesti jumpa bertukar cerita. Dia kasar juga macam aku...dan hati tisu juga macam aku. Haha. Tapi gf dia perrghhhhh!





Sekarang ni aku nak tanya dekat siapa kenapa ada sorang kawan aku yang konon gengster macam aku ni block wall facepook dia dari penglihatan aku? Kata kenal lama, cakap dah kenal gua.. Macam kemak. Kahkahkah.



Orang tua-tua cakap “tu suka-suka sangat nak nangislah tu” - ha menjawab kau.




Aku kena banyak belajar T.T









CUTT !!


Monday, January 24, 2011

fuck ahh feedjit

I think feedjit seriously need a break. Mannn, nak menyekodeng pon takde mood tau. Maybe thats one of the reasons why I don't blog watch much. Aihh..bosanlah.. Once they keep track of you, the whole story is in their hands which I think is rather irritating. Kasi can lah will ya?

Well in case you people out there might worry if I track you back, no-no. I wouldn't do that. If you think you want to be here well, be my guest. I hope I don't see you in my real life. I have no intentions to know you. Not because i'm not interested but..beb, bengangla gua lu dah baca pasal gua so lu ingat kita nak buat gathering makan-makan nak buat apa? Kalau gua nak suroh lu kenal gua baik gua letak fb badges ke alamat ke kat sini. Ok let say you guys know me, befriended lah kan.. boleh tak buat tak tau je? Aku memang tak suka la ko nak touch-touch pasal apa yang aku buat. Okeh. Cool, cool.

Ohh, itu di atas pasal kisah dolu. Contoh je.. pasal dolu guna nama samaran pon tak guna pasal last-last orang kenal jugak. Buat blog bersama kawan-kawan tapi pung pang pung pang lari tajuk siap kena tembak pasal beza pendapat. Tapi what passed is passed lah. Tapi aku tak kisah sebenarnya, lantaklah, bukan depa bagi gua makan pun.




Tapi memang tak puas hatilah, orang nak skodeng gua pon takde privacy tau. Fuck ahh!!




CUTT !!

pucuk rebung


Ok, jadi suatu masa dahulu aku pernah bergelar pelajar reka bentuk dalaman atau in english, interior design. Banyak orang cakap interior design ni hias rumah. Ya, macam eric leong tu. Aku pun pernah jugak jawab masa interview untuk ambik course ni dulu. 'Hiasan Dalaman' – aku tak tahu apa yang aku fikir waktu itu.haha. Memang ada betul tu hiasan dalaman tapi, itu adalah 1 titik daripada interior design. Interior design lebih kepada susun atur ruang mengikut fungsi ruang dan..ya, untuk kelihatan menarik berpaksikan pada konsep. Macam-macam soalan agak daring tak masuk akal penemu duga tu tanya kat aku. Ada 1 soalan yang aku takkan lupa adalah “Dalam banyak-banyak bangunan kat Malaysia ni, bangunan apa yang awak suka?”. “Menara Telekom” - aku jawab. Mungkin dia ingat aku nak jawab KLCC. Yelah,klcc tengah hot time tu sedangkan menara telekom terasing sikit dari hiruk pikuk kota Kuala Lumpur dan belum siap sepenuhnya..kira tinggal hujung-hujungla.

Aku sedar, faktor yang mendorong aku untuk menjawab Menara Telekom itu bukannya pasal aku suka sangat kat menara telekom tu tapi mungkin waktu itu aku suka melawan arus, naluri memberontaklah katakan, baru keluar dari kepompong, baru nak kenal dunia...Walau bagaimanapun, menara telekom ini tetap menarik perhatian aku. Biarlah aku seorang je yang nampak keindahannya. Setiap kali naik bas dan lalu di sebelah menara ni aku akan tengok sampai hilang dari pandangan. Tapi aku rasa sampai sekarang perangai aku pun masih begitu. Tetap tak suka kat klcc. Jalan-jalan cuci mata sukala. Tapi aku dah toned down perangai memberontak ni sikit. Thehee.

Padahal aku nak cerita pasal konsep...





Nantilah tunggu aku senang. Jangan marah.





CUTT !!

Thursday, January 20, 2011

bapak panjang

Kau rasa semua kat dunia ni boleh main try-try ke? boleh main cuba-cuba? makan babi (untuk muslim) boleh cuba-cuba? Ok, darurat itu cerita lain. Kalau nak cuba kau kena tau dulu selok belok dunianya..seperti dadah. Jangan kata addict. Kes addict ni bukan hanya pada dadah ya tuan-puan. Ini kes macam mana nak survive. Yelah, kita nak hidup lama kan? Mestilah kita struggle untuk survive. Nak survive bukan senang, dugaan dan godaan datang dengan pelbagai bentuk. Survive perasaan lagi 1 hal.

Jangan merepek ok. Aku berkecimpung dalam dunia dadah hampir 5 tahun. Sedap tu kata mereka sedaplah. Tapi nak cari duit untuk dapat 'sedap' tu bukan mudah. Semua pun tahu. 'Kerja malam', 'overtime' memang perlu untuk yang hidupnya bergantung pada alat bantuan hidup tu. Kau ingat sedap ni tak makan tuan? Kalau kais pagi makan pagi tu kau rasa kesian, kau bayangkanlah mereka-mereka yang kais setiap waktu bukan untuk makan sedap tapi terpaksa sedap. Kau faham ke tak apa aku cakap ni?

Dalam dunia ni siapa ada 'barang', dia ada power. Dalam dunia kita siapa ada duit dan power, dia ada power yang boleh menakluk dunia. Mereka bukan nak power, mereka nak 'barang' untuk hidup. Sebab tu lah mereka dipanggil 'bangkai bernyawa'. Maaf jika saya sebut ini. Tapi tak semua mereka itu menyusahkan orang, ada yang bekerja, ada yang berkerjaya, terpelajar (beb, customer tetap kawan gua kerja bukan calang-calang. Gua hati kering selalu ikut hantar barang sebab gua suka jalan-jalan kenal orang).

Gua jumpa mak orang, bapak orang, tua, muda, kaya, miskin, selepak port dengan bekas-bekas banduan, kaki pukul sebenar, yang datang bawak pedang, pisau, pistol..nasib baiklah hati gua memang dah jemur habis. Tak semua jahat beb, kita cerita pasal kemanusiaan lah. Dorang ada tanggungan juga, ada rasa macam kita juga cuma mungkin nasib mereka kurang baik sikit dari kita. Jujur, mereka terdesak. Hati baik. Yang mat bunga pun gua pernah jumpa, jangan main-main!

Mahkamah tu macam resort gua la sekali sekala gua mesti pergi. Beb, aku cerita masa 2009 ke bawah nih. Balai polis tu macam tempat beli rokok. Walau aku tak ambik, bila orang-orang terdekat dengan aku terkecimpung..sekali gus melibatkan aku, kerja, life. Kau ingat? So semalam kawan baik aku yang aku kenal sejak lebih 10 tahun sms - "Semalam aku ambik heroine". Kau rasa,apa aku fikir? Kau rasa, apa aku rasa?





Ada benda memang ditakdirkan untuk tidak dicuba. Seks bebas itu cerita lain, bodoh!



CUTT !!

bebas jiwa


Mungkin tahap IQ aku tak lebih 130 tapi aku tak suka diperbodohkan. Bermacam-macam cara, pelbagai jenis, semua aku tak terima, tak hargai. Secara terang-terangan, secara samar-samaran; maaf..semua aku tolak. Kau boleh cuba dengan manusia lain, orang lain, tetapi bukan dengan aku. Bereksperimentasi dengan cara lain tetapi bukan dengan cara ini. Maaf sekali lagi, aku tak setuju.

Memang aku selalu kurious dengan persekitaranku jadi jangan gunakan ia sebagai sebab untuk kau mengukur aku, menilai tahap kesabaran aku, meng-akui keegoan dirimu. Kau bebas berbuat apa sahaja tetapi jalan raya juga ada garisan kuningnya. Dengan aku kau berhadapan, cara ini kalau kau tak ia..kau perlu pergi dari terus menyakiti.




Jangan kau jadi salah satu dari penyebab patah sayapku :)


CUTT !!

Thursday, January 13, 2011

friday, i'm in love


I play soccer with my sandal. That's where the mud came from. So i'm not allowed u say because i'm a girl. I will still play even I don't know what this game u guys called. You know i used to know this game like when Shearer was still the New Castle captain or striker i don't remember. Even i don't know what's this game u called. Well let me ask u; "what's the name of the game u play?"




now i sounds like oag.




CUTT !!

Wednesday, January 12, 2011

love call



aku harap dalam buat bodoh aku itu kau faham. aku memang tak pandai.

aku berharap sangat aku pandai.

bodoh betul aku ni.




CUTT !!

Sunday, January 9, 2011

kenapa,tak percaya eh?


"The worlds a stage, do your part as what you want the audience feel. They will still laugh after the show"- kosmikurious



CUTT !!

Friday, January 7, 2011

hobi si saggi


You know I always blame my zodiacal traits for whatever wrong doings I made. Thehehe. But i'm blessed being a Sagittarian. U chose what u believe, check out your zodiacal traits here and be surprised of the results. But remember, only for fun and....some case studies on how the behavior relates to a person. Try lah jeng.


klik sini




CUTT !!

Thursday, January 6, 2011

fuck off sayang


I've been experimenting this for about 6 months or 8. I see the image now, very clearly. It depends on what the mankind repeatedly to do and the basic concept of relationships among human.


When a man started a scene, by any means...

if u let him walk over u, if he makes u feel like an idiot yet u do nothing just try not to make things worst...silap besar. If they bark, barks back, double up the volume u received. That's how the systems go. That's what they teach me. They taught me well.


Tak percaya kau try : bila depa provok, kau cuba diam dan create peace. Depa akan teruskan provok sampai kau rasa nak terjun gaung. Akan berlarutan up until 3 months or more.


Another experiment : bila depa provok dan cuba cari silap, kau 'kimak'kan tepat ke dahi mereka. Nescaya senyap. Apa yang berlaku selepas 3 bulan itu mungkin terpulang pada masing-masing. But for me, I make friends with everybody until they proves to be other than that.


Memang magic. Mamat tu senyap terus dan dia makan tahi sendiri. Same goes to perempuan itu. Go fuck yourself.



*kalau nak tahu, facebook yang banyak influence aku dalam mencarut pelbagai teknik. Kadang-kala terbawa ke alam realiti. Terima kasih facepook.












“Mankind is like dogs, not gods – as long as you don't get mad they'll bite you – but stay mad and you'll never be bitten. Dogs don't respect humility and sorrow” - Jack Kerouac




I can't believe I have becoming one of them.







CUTT !!

Tuesday, January 4, 2011

u bet


"when u read my writings just keep in mind that i would probably lying" - kosmikurious


CUTT !!