Tuesday, March 8, 2011

maaf, saya bukan Kathleen Hanna




Aku tak pernah berharap untuk menjadi seperti lelaki, mendapat hak yang sama seperti seorang lelaki atau disama ratakan tarafku seperti sehebat seorang lelaki. Mungkin aku berasa selesa dengan apa yang telah Tuhan kurniakan kepadaku, mungkin juga aku lemah dalam melihat apa yang kurang sebagai seorang wanita, mungkin juga aku bersyukur seadanya aku? Ya, aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai wanita yang menjadi pendamping si Adam dalam mentadbir dunia. Aku bersyukur di mana aku hanya menjadi tunggak atau penyokong dalam mereka melakar cita-cita. Pada aku, kekuatan wanita itu adalah terletak pada kuat hatinya, kuasa-nya tidak dapat di nampak oleh mata dunia, tetapi hadirnya seorang wanita bisa menggegar keputusan antara hidup dan mati.

Ok apa yang aku tulis tadi?

Yerp, itu kata hati aku. Sorilah kalau depa ingat aku ni feminist tegar ke, fight sana sini pasal woman's right ke, apa ke...nak pakai t-shirt female revolution pun gua segan. Mesti depa ingat aku ni gila-gila punya canang fight nak sama-ratakan gender..eh, jangan salah maksud geng..sama ratakan dalam istilah lain; melengkapi. Lelaki, perempuan, ada kelebihan yang Tuhan beri kat masing-masing so kira macam puzzle la, jangan kerek sangat, kita saling melengkapi.

Mungkin mereka ada kisah silam, paranoid; seperti didera?mentally?physically?sexually?diperkecilkan peranannya? Dilihat bodoh oleh lelaki-lelaki bodoh? Dilihat objek bagi lelaki-lelaki bangang? Atau memang mereka berniat untuk meletakkan wanita itu dipandang satu taraf yang atas sikit dari lelaki?ego lagi?mungkin. Mesti ada sebab mengapa jenis pemikiran begitu boleh tercetus. Mesti.

Sebagai Aku, aku berharap aku seorang yang neutral dalam semua keadaan. Mungkin aku selalu berusaha dan belajar meletakkan diri aku equal dengan semua keadaan, dengan semua taraf tanpa rasa kecil atau besar, tanpa rasa prejudis. Mana yang kurang kita boleh tambah, mana yang lack of, kita boleh belajar. Bila kita masing-masing kenal diri kita sebagai perempuan/lelaki/dan fungsi maka aku rasa penindasan takkan pernah berlaku. Kau tak percaya ke? Kadang-kadang aku hairan, kenapa mesti nak dapat hak sama dengan lelaki? Umur pencen? Amboi..bawak berehat, makcik. Imam? Kau dah kenapa? Huii..takut aku. Time nak queue kau pandai pulak cakap ladies first, please..first come, first serve okeh? Tak tau pulak kalau ada lelaki yang gentleman akan bagi kau pas turn dia dulu masa nak cucuk duit kat ATM..mesti lelaki gatal tu.hahah. Perempuan mengandung lain cerita, tu bab lain, orang-orang tua, kanak-kanak..ha..kalau nak dihuraikan memang banyak tapi aku takut tune larilah pasal aku main boh je ni takde merangka-merangka segala...

slut.

Tulisan “SLUT” pada badan sendiri, ada yang melihat sebagai luahan hati, ada yang melihat sebagai mencari publisiti, ada yang melihat sebagai tidak bermaruah, ada orang kata reverse psychology. Tapi walau apapun, aku tetap rasa idea itu merepek dan uncivilized. Ok, now judge me. Hahah. Eh, kau tak tahu ke pengaruh riot girl tu sampai kat Malaysia ni late 90s? Pehh nasib baiklah tak berapa menular. Start dari Kuala Terengganu, bawak ke KL...Lion City tak payah cakapla..but I was cool, at that time semua ada rasa nak bawak idelogi masing-masing aku rasa. Aku memang tak berapa nak ambik port sangat pasal tu. Tapi aku puji la juga mereka ni sebab kalau depa takdak mestila kurang warna kisah-kisah bawah kelambu kat Malaysia ni. Perjuangan tanpa jemu depa aku puji, semangat komuniti tu aku puji, pendirian depa aku puji. Radical gua, gua je yang tahu.

Ok, aku dah menyasar.

Tulis ikut rasa akan jadi macam ni lah, menyimpang. Haha. In short, aku bersyukurlah kerana dikurniakan sahabat handai dan teman-teman rapat yang tahu batas-batas mereka, tahu menghormati aku so aku tak rasa ditindas, aku rasa depa sangat menghormati pendirian aku. Untuk semua wanita, anda haruslah menjadi kuat, bukan pada badan, bukan pada kuasa, bukan pada nama, tapi pada hati dan jiwa kerana di situlah terletaknya kekuatan sebenar kita.


Kenapa nak susah-susah drive kereta bila cik abang ada? Jadi penunjuk arah boleh sambil makan donat kan? Chill~


SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA !





CUTT !!

2 comments:

kailan said...

panjangnya.

pelakon popular said...

ini namanya kena rasuk hantu geram.ahah.